Rules & Regulations

         PERLEMBAGAAN BAGI

         PERTUBUHAN INDUK

         

PERSATUAN PERABUT JOHOR BAHRU, JOHOR

( JOHOR BAHRU FURNITURE ASSOCIATION)

 

FASAL 1 NAMA        

 

  1. (1) Persatuan ini dikenali dengan nama

PERSATUAN PERABUT JOHOR BAHRU, JOHOR  ( JOHOR BAHRU FURNITURE ASSOCIATION)

Selepas ini disebut 'Pertubuhan'.

 

FASAL 2 TEMPAT URUSAN     

 

2.1   Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah

No 65 & 67, Jalan Mutiara Emas 10/19, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor.

 

dan alamat untuk surat-menyurat adalah

No 67-01, Jalan Mutiara Emas 10/19, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor.

 

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh jawatankuansa;

 

2.2         Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

 

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT        

 

Bahawa tujuan-tujuan Persatuan ini ialah untuk mengeratkan perhubungan serta memupuk perasaan muhibah pengilang-pengilang dan peniaga-peniaga perabut yang berada di dalam daerah Johor Bahru, Johor supaya dapat memupuk semangat bekerjasama untuk menjaga kebajikan ahli-ahli dan mendorong pergerakan sukan dan budaya ahli-ahli. Di samping itu, juga ialah untuk meninggikan mutu pertukangan perabut serta memajukan perniagaan dan perusahaan perabut.   

         

FASAL 4 KEAHLIAN         

 

4.1   Bahawa keahlian Persatuan ini terbuka kepada syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan perabut, penjual perabut, pembuat perabut, perkhidmatan perabut, perekaan dan perhiasan perabut luar dan dalam, dan saudagar bahan-bahan perabut yang berada di dalam daerah Johor Bahru, Johor dengan syarat mestilah Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.   

                                               

4.2    Bahawa segala permohonan untuk menjadi ahli persatuan perlu disertai dengan pembayaran yuran kemasukan dan tahunan. Perlantikan ahli akan dicadangkan oleh salah seorang ahli persatuan dan perlu disokong oleh salah seorang ahli persatuan yang lain. Kemudian, borang penyertaan hendaklah dikemukakan di dalam mesyuarat ahli Jawatankuasa Persatuan untuk diluluskan. Ahli Jawatankuasa berhak menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan.           

 

4.3  Kriteria pertubuhan adalah seperti berikut:-

(A) Ahli Biasa                       

Selepas mendapat kelulusan menjadi ahli persatuan, mereka hanya layak mendapat hak sebagai Ahli Biasa tetapi tidak boleh menyertai Ahli Jawatankuasa Persatuan (tiada hak memiliki atau dipilih) dan tiada hak mengundi di dalam acara penjualan aset perdagangan dan industri persatuan. Selepas 24 bulan, mereka boleh mendapat hak memiliki dan dipilih di dalam Ahli Jawatankuasa Persatuan, tetapi masih tiada hak mengundi di dalam acara penjualan aset perdagangan dan industri persatuan.                                                 

(B) Ahli Bersekutu               

Selepas mendapat kelulusan sebagai Ahli Bersekutu, mereka hanya boleh berkongsi maklumat tentang persatuan tetapi tidak mempunyai sebarang hak.

(C) Ahli Seumur Hidup                   

Ahli Biasa yang telah menyertai persatuan selama 24 bulan boleh memohon sebagai Ahli Seumur Hidup. Akan tetapi, Ahli Jawatankuasa berhak untuk menolak pemohonan tanpa memberi sebarang alasan. Selepas membayar yuran Ahli Seumur Hidup dan mendapat kelulusan daripada Ahli Jawatankuasa Persatuan di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa, Ahli Seumur Hidup layak mendapat semua kuasa dan menyertai Ahli Jawatankuasa Persatuan dan ada hak untuk memiliki dan dipilih. Ahli Seumur Hidup sahaja berhak mengundi di dalam acara aset perdagangan dan industri persatuan. 

 (D) Presiden Kehormat                   

Bahawa untuk semua bekas presiden selepas bersara, kalau tiada masuk Ahli Jawatankuasa Persatuan akan dinaikkan jawatan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup secara automatik.    

                                   

4.4    Setiap permohonan jika telah diluluskan oleh Jawatankuasa Persatuan, ahli dikehendaki membayar bayaran masuk dan yuran ahli tahunan pertama atau yuran Ahli Seumur Hidup, barulah sah menjadi ahli Persatuan yang rasmi. Hanya ahli yang membayar RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja) dengan sekaligus layak menjadi Ahli Seumur Hidup.   

                                                           

4.5   (A)  Setiap ahli Persatuan mesti melantik seorang wakil untuk mewakili syarikatnya dan mempunyai kuasa muktamad dalam menjalankan segala tugasan keahliannya. Wakil ini dapat memperolehi segala kebajikan yang ditawarkan oleh Persatuan.                                                                        

(B)  Setiap ahli Persatuan juga boleh melantik seorang wakil sampingan yang tidak mempunyai sebarang kuasa. Namun begitu, wakil ini turut memperolehi segala kebajikan yang ditawarkan oleh Persatuan.     

                                               

FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

 

5.1    Bahawa seseorang ahli Persatuan jika hendak berhenti dari menjadi sebagai seorang ahli Persatuan haruslah memberi kenyataan bertulis satu bulan terlebih dahulu kepada Setiausaha serta harus membayar semua hutangnya.                    

                                               

5.2    Bahawa seseorang ahli atau Ahli Seumur Hidup yang sudah berhenti dari menjadi sebagai seorang ahli Persatuan akan tidak berhak menuntut untuk kembalikan segala bayaran-bayaran dan yuran-yuran yang telah dibayarnya dahulu.       

 

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN        

 

6.1   Yuran masuk, yuran tahunan dan yuran Ahli Seumur Hidup Persatuan adalah seperti berikut:          

            ( A )    Yuran masuk

RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja)                

            ( B )  Yuran tahunan Ahli Biasa    

RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus sahaja)   

            ( C )   Yuran tahunan Ahli Bersekutu         

RM 100.00 (Ringgit Malaysia Seratus sahaja)                     

            ( D )    Yuran Ahli Seumur Hidup               

RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu sahaja) Bayaran sekaligus

 

6.2    Jika ahli lama Persatuan telah menukar nombor pendaftaran perniagaan, ia perlu mengisi semula penyertaan, membayar bayaran masuk, yuran ahli tahunan, atau yuran Ahli Seumur Hidup, dan dikemukakan ke persidangan ahli Jawatankuasa Persatuan untuk diluluskan.   

  6.3     Setiap yuran tahunan harus dibayar dalam tempoh enam (6) bulan dari awal tiap-tiap tahun kepada Bendahari Persatuan.         

                                               

6.4    Bahawa seseorang ahli akan diberitahu oleh Setiausaha Persatuan dengan cara bertulis jika ia telah melewati bayar yuran tahunan pada 30hb September tahun tertentu dan ia juga akan diberhentikan untuk menikmati segala hak sebagai ahli Persatuan sehingga hutang yuran tahunan itu telah dijelaskannya.                 

                                   

6.5    Jika seorang ahli Persatuan dikehendaki membayar yuran tahunan tidak lewat pada 31hb Disember pada tahun tertentu, ia akan dengan rasminya dibatalkan menjadi ahli Persatuan. Jawatankuasa Persatuan diberi kuasa untuk mengambil tindakan mengikut peraturan-peraturan Persatuan serta berhak menuntut segala hutang-hutang yang belum dijelaskan oleh ahli yang berkenaan.

 

6.6     Bahawa derma atau kutipan khas dari ahli-ahli Persatuan boleh dijalankan setelah sesuatu resolusi diluluskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Persatuan.   

                                                                                       

FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

 

7.1    Bahawa hak yang tertinggi bagi Persatuan ini ialah mesyuarat agung ahli-ahli Persatuan. Mesyuarat agung ahli-ahli Persatuan yang sah mestilah dihadiri oleh jumlah ahli yang tidak kurang dari setengah (1/2) jumlah ahli Persatuan atau bilangan yang tidak kurang daripada dua kali (x2) jumlah ahli Jawatankuasa.

                                                                                               

7.2    Bahawa pada satu-satu mesyuarat agung ahli-ahli jikanya ketika sudah lewat setengah jam (30 minit) sebagaimana yang dijadualkan untuk waktu bermesyuarat masih belum sampai koramnya maka mesyuarat itu haruslah ditangguhkan kepada tarikh yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa, tetapi tempoh mesyuarat itu tidak boleh lewat satu bulan lamanya. Sekiranya mesyuarat ketangguhan tersebut itu tidak cukup koram satu kali lagi maka yang hadiri itu boleh mengadakan mesyuarat itu untuk membincangkan urusan yang tertentu tetapi tidak berhak untuk membuat sebarang pindahan peraturan-peraturan dan perlembagaan Persatuan atau untuk membuat sebarang keputusan yang akan mempengaruhi kepentingan semua ahli Persatuan.   

                                                                                               

7.3    Bahawa suatu mesyuarat agung tahunan Persatuan harus diadakan dengan secepat yang mungkin tetapi selewat-lewatnya pada 31 March, setelah sesuatu penutupan kewangan tahunan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan. Bahawa urusan-urusan yang harus dijalankan oleh mesyuarat agung tahunan Persatuan seperti berikut :-                                         

(A)   Untuk menerima laporan bagi tahun yang lepas dari Persatuan ahli-ahli Jawatan kuasa Persatuan;

(B)   Untuk menerima laporan kewangan tahunan Persatuan yang lepas dari Bendahari   Persatuan;       

(C)   Untuk menjalankan pilihan dua (2) tahun sekali memilih ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan dan melantik dua orang juru pemeriksa kira-kira Persatuan.         

(D)   Untuk menguruskan perkara-perkara berkenaan dengan Persatuan yang akan dibawa kehadapnya.

                                                                                   

7.4    Bahawa surat pemberitahuan mesyuarat agung tahunan yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat serta mengandungi usul-usul yang hendak dibincangkan atau pindaan peraturan, senarai nama, ahli-ahli Persatuan untuk memilih ahli-ahli Jawatan-kuasa Persatuan, laporan Setiausaha dan akaun kira-kiraan Persatuan haruslah diedarkan oleh Setiausaha Persatuan kepada tiap-tiap ahli Persatuan dengan tidak kurang tempoh masa selama empat belas (14) hari dari tarikh yang telah dijadualkan. Selain daripada itu, surat pemberitahuan mesyuarat agung tahunan tersebut mesti dipamerkan di papan dewan Persatuan dan mengumumkan di suratkhabar.

                                   

7.5    Bahawa usul-usul mesyuarat yang dicadangkan oleh ahli-ahli, harus dikemukakan dahulu kepada pejabat Setiausaha sebelum tujuh (7) hari dari tarikh mesyuarat ditetapkan.   

                                                           

7.6    Bahawa sesuatu mesyuarat agung khas Persatuan akan diadakan dengan berdasarkan:-                   

       (A)  Apabila Jawatankuasa Persatuan menganggap keadaan sangat diperlukan.

       (B)  Dengan permintaan bertulis daripada satu perlima (1/5) jumlah ahli Persatuan dengan menyatakan tujuan-tujuan dan sebab-sebab untuk mengadakan mesyuarat itu.        

 

7.7    Bahawa apabila setelah menerima surat permintaan untuk mengadakan mesyuarat agung khas Persatuan yang datang dari ahli Persatuan maka di dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari harus mesyuarat tersebut itu diadakannya.    

 

7.8    Bahawa notis dan agenda mesyuarat agung khas Persatuan itu haruslah diedarkan oleh Setiausaha Persatuan kepada semua ahli di dalam tempoh masa tidak kurang empat belas (14) hari dari tarikh mesyuarat tersebut yang telah ditetapkan itu.

                                                                                   

7.9    Bahawa mesyuarat agung khas Persatuan ini dianggap sebagai yang sah apabila dihadirinya setengah (1/2) jumlah ahli atau sebilangan yang tidak kurang daripada dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa. Sekiranya yang hadiri tidak sampai koramnya maka mesyuarat itu akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang lain (tetapi tidak lewat dari dua minggu) dan sekiranya sekali lagi tidak cukup koramnya maka mesyuarat agung khas itu boleh dijalankan oleh yang hadiri dengan hanya membincangkan perkara-perkara yang tertentu tetapi tidak berhak untuk membuat keputusan atau membincang sebarang mengenai pindaan peraturan-peraturan dan perlembangan Persatuan atau hartanya.

         

FASAL 8 JAWATANKUASA      

 

8.1   Bahawa ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah dipilih di dalam mesyuarat agung Tahunan seperti berikut:-

 

1 orang Presiden.                   

            1 orang timbalan Presiden.     

            2 orang naib Presiden.

            1 orang Setiausaha.                

            1 orang penolong Setiausaha 

            1 orang Bendahari.                 

            1 orang penolong Bendahari  

            1 orang pegawai kebajikan, sukan dan budaya.                                             

1 orang penolong pegawai kebajikan, sukan dan budaya.                             

1 orang pegawai perhubungan umum.           

1 orang penolong pegawai perhubungan umum.       

9 orang ahli-ahli Jawatankuasa Biasa.

 

8.2    Bahawa mesyuarat agung tahunan hendaklah memilih dua puluh satu (21) orang dari ahli-ahli Persatuan yang hadiri untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Persatuan serta kemudian dipilih antara mereka untuk memenuhi jawatan tetap seperti disebutkan di dalam Fasal 8.1.

 

8.3    Bahawa dengan cara undi untuk memilih jawatan-jawatan yang tertentu di dalam Jawatankuasa Persatuan dari dua puluh satu (21) orang yang mendapat undi majoriti mesyuarat agung itu akan dijalankan.

 

8.4    Bahawa tugas-tugas Persatuan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan ialah mengurus dan mengawasi pergerakan harian Persatuan serta melaksanakan segela keputusan mesyuarat agung tahunan.

 

8.5    Mesyuarat Jawatankuasa mesti diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam dua (2) bulan. Notis mesyuarat dan agenda mesti diedarkan kepada ahli-ahli Jawatankuasa tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Pada bila-bila masa, Presiden atau separuh (1/2) daripada jumlah ahli Jawatankuasa Persatuan boleh membuat panggilan mesyuarat. Namun, setiap mesyuarat hanya dikira sah apabila dihadiri oleh separuh (1/2) atau lebih ahli-ahli Jawatankuasa.

 

8.6    Bahawa seseorang ahli Jawatankuasa jika telah gagal hadir tiga (3) kali dalam setahun mesyuarat jawatankuasa, boleh dianggap telah meletakkan Jawatankuasa dari menjadi ahli Jawatankuasa; untuk sesiapa yang memohon cuti sebanyak tiga (3) kali, dengan tidak memberi sebarang alasan yang munasabah boleh dianggap telah meletakkan Jawatankuasa dari menjadi ahli Jawatankuasa. Ahli jawatankuasa yang memohon cuti, haruslah memberi kenyataan bertulis kepada Presiden.

 

8.7    Jika salah seorang ahli Jawatankuasa Persatuan meletak jawatan atau meninggal dunia atau menolak perlantikan jawatan tersebut, maka ahli Jawatankuasa Persatuan berhak melantik seseorang daripada ahli-ahli Persatuan lain bagi memenuhi kekosongan jawatan tersebut sehingga mesyuarat agung tahunan diadakan.      

 

8.8    Bahawa Jawatankuasa Persatuan mempunyai hak untuk memberi arahan kepada Setiausaha dan lain-lain pegawai Persatuan bagi menjalankan urusan Persatuan. Sekiranya dianggap perlu melantik pegawai-pegawai atau penganjur-penganjur untuk menjalankan tugas-tugas Persatuan, maka Jawatankuasa boleh berbuat demikian dan juga Jawatankuasa mempunyai hak untuk menghentikan tugas pegawai-pegawai atau penganjur-penganjur tersebut jika telah didapati mereka sudah gagal atau telah enggan untuk menjalankan tugas-tugas dan keputusan-keputusan Persatuan.  

                  

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PENGAWAI       

 

9.1    Bahawa Presiden Persatuan hendaklah menyelenggarakan segala urusan Persatuan dengan baik di dalam atau di luar Persatuan dan juga menjadi pengerusi ketika mesyuarat diadakan serta bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Persatuan dan semua mesyuarat Persatuan. Presiden Persatuan haruslah menandatangani segala catitan mesyuarat dan mengesahkan minit mesyuarat Persatuan. Bahawa Presiden Persatuan mempunyai hak undian pemutus terakhir.

 

9.2    Timbalan Presiden membantu Presiden menguruskan urusan-urusan Persatuan. Sekiranya ketiadaan presiden maka timbalan Presiden akan menjadi pemangku Presiden Persatuan.

 

9.3    Bahawa naib-naib Presiden Persatuan akan membantu Presiden dan timbalan Presiden menguruskan urusan-urusan Persatuan. Sekiranya ketiadaan Presiden dan timbalan Presiden, maka salah seorang daripadanya hendaklah memangku jawatan Presiden Persatuan.

 

9.4    Bahawa Setiausaha Persatuan hendaklah menguruskan segala urusan-urusan Persatuan dengan mengikut arahan Jawatankuasa dan Presiden Persatuan, ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catitan serta urusan surat-menyurat serta menyimpan semua buku catitan, surat yang penting, dokumen dan menandatangani baucer-baucer Persatuan.

9.5    Bahawa Penolong Setiausaha akan membantu Setiausaha menguruskan segala urusan-urusan Persatuan.Sekiranya ketiadaan Setiausaha maka Penolong Setiausaha akan menggantikannya untuk menjalankan tugas-tugas Setiausaha Persatuan.

 

9.6    Bahawa Bendahari hendaklah bertanggungjawab tentang semua hal-hal kewangan Persatuan. Dan Bendahari hendaklah membuat dan menyimpan kira-kiraan yang berkenaan dengan semua kewangan Persatuan dan menandatangani cek-cek, baucer-baucer bersama-sama dengan salah seorang di antara Presiden atau Setiausaha Persatuan. Bahawa Bendahari hendaklah membuat kenyataan-kenyataan pendapatan dan perbelanjaan kemudian hendaklah diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira sekali dalam setiap bulan dan dibentangkan dalam mesyuarat ahli-ahli Jawatankuasa. Setelah disahkan oleh Pemeriksa kira-kira maka segala kenyataan-kenyataanini mestilah diedarkan kepada semua ahli-ahli Jawatankuasa. Dan pada tiap-tiap tahun penghabisan, Bendahari hendaklah membuat laporan akaun dan kunci kira-kiraan Persatuan kemudian diedarkan kepada tiap-tiap ahli Persatuan serta dibentangkan di dalam mesyuarat agung tahunan Persatuan.

 

9.7    Bahawa penolong Bendahari Persatuan akan membantu Bendahari Persatuan menguruskan segala hal-ehwal kewangan Persatuan. Sekiranya ketiadaan Bendahari maka penolong Bendahari akan menggantikannya untuk menjalankan tugas-tugas bagi Bendahari Persatuan.

 

9.8    Bahawa pegawai kebajikan, sukan dan budaya Persatuan akan bertanggungjawab membuat rancangan-rancangan untuk mendorong kemajuan budaya dan pengerakan sukan bagi ahli-ahli Persatuan dan melaksanakan segala hal-hal berkenaan dengan kebajikan, sukan dan budaya yang telah ditetapkan oleh Persatuan.

 

9.9    Bahawa penolong pegawai kebajikan, sukan dan budaya Persatuan akan membantu pegawai kebajikan, sukan dan budaya Persatuan menjalankan segala tugas Persatuan.

 

9.10  Bahawa pegawai perhubungan umum Persatuan akan mewakili pihak Persatuan untuk menjalankan hal-hal yang berkenaan dengan perhubungan umum serta lain-lain urusan yang berkenaan dengan perhubungan mesyuarat untuk ahli-ahli Persatuan.

 

9.11  Bahawa penolong pegawai perhubungan umum Persatuan akan membantu pegawai perhubungan umum untuk menguruskan urusan perhubungan umum Persatuan.   

 

9.12  Bahawa sembilan orang ahli Jawatankuasa Biasa Persatuan ini hendaklah menghadiri semua mesyuarat dan menjalankan segala urusan Persatuan dari masa ke semasa.

 

9.13  Bahawa jangkamasa perjawatan bagi semua ahli Jawatankuasa Persatuan ialah selama dua (2) tahun. Bahawa tiap-tiap seorang pegawai Persatuan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan yang bertugas boleh dilantik semula untuk memegang jawatan semula, kecuali :

(A) Presiden yang sama tidak boleh dilantik tiga (3) penggal berturut-turut  

(B) Setiausaha yang sama tidak boleh dilantik tiga (3) penggal berturut-turut

(C) Bendahari yang sama tidak boleh dilantik semula berturut-turut 

 

FASAL 10 KEWANGAN    

 

10.1    Bahawa segala pengeluaran wang atau cek-cek bank hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Persatuan dengan salah seorang dari Presiden Persatuan atau Setiausaha Persatuan serta menurunkan cap resmi Persatuan barulah dianggap sebagai yang sahnya.

 

10.2     Bahawa Bendahari berhak menyimpan wang tunai yang tidak melebihi RM1,000.00(Ringgit Malaysia Seribu sahaja) untuk perbelanjaan runcit Persatuan, sekiranya ada wang tunai di tangan yang melebihi RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Seribu sahaja), maka hendaklah disimpan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa dengan atas nama Persatuan dalam masa tiga (3) hari.

 

10.3     Bahawa perbelanjaan setiap tahun yang tidak melebihi RM 20,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu sahaja) boleh diluluskan oleh mana-mana dua daripada tiga pegawai iaitu Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Perbelanjaan berjumlah RM 20,000.00 (Ringgit Malaysia Dua puluh Ribu sahaja) ke atas tidak boleh dibayar tanpa kelulusan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa persatuan. Kebenaran untuk Perbelanjaan yang lebih daripada RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima puluh ribu sahaja) mesti diperolehi semasa mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat agung kecemasan, kecuali atau tidak tertakhluk kepada semua bajet pameran.

 

10.4     Bahawa semua wang Persatuan hanyalah untuk kegunaan bagi menjalankan urusan-urusan dan tugas-tugas Persatuan yang termasuk perbelanjaan pentadbiran, gaji-gaji atau elaun-elaun bagi pegawai yang bertugas dan belanjaan bagi pemeriksaan kira-kira Persatuan tetapi tidak dibenarkan untuk kegunaan belanjaan mahkamah bagi seseorang ahli Persatuan yang telah melanggar undang-undang.

 

10.5     Bahawa jangkamasa penutupan tahun kewangan Persatuan ialah pada tiap-tiap tahun 31 haribulan Disember dan laporan kewangan atau penyata pendapatan dan perbelanjaan Persatuan serta kunci kira-kiraan bagi tahun berakhir setiap tahun akan disediakan dan diperiksa oleh pemeriksa kira-kira yang dilantik oleh Persatuan. Kemudian salinan penyata laporan pendapatan dan perbelanjaan serta penyata kunci kira-kira Persatuan itu mestilah dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan, dan melaporkan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas mesyuarat agung tahunan.

 

FASAL 11 JURUAUDIT

 

11.1    Bahawa dua (2) orang pemeriksa kira-kira Persatuan yang bukan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan haruslah dilantik oleh mesyuarat agung supaya menjadi sebagai orang kehormat pemeriksa kira-kira Persatuan untuk jangkamasa dua (2) tahun sehingga mesyuarat agung yang akan datang tetapi mereka tidak boleh dilantik berturut-turut. 

 

11.2     Bahawa pemeriksa kira-kira Persatuan haruslah semak dan periksa akaun-akaun kira-kiraan Persatuan dan menyediakan laporan kewangan Persatuan untuk dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan. Bahawa pemeriksa kira-kira akan juga mengikut arahan Presiden Persatuan untuk memeriksa akaun-akaun kira-kiraan Persatuan kemudian laporkan kepada Jawatankuasa Persatuan.       

 

FASAL 12  PENTADBIR HARTA

 

12.1    Harta tidak boleh dialih Persatuan ini hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan dan segala suratcara yang berkaitan dengan harta ini adalah sah dan berkuatkuasa seolah-olah suratcara-suratcara itu telah disempurnakan oleh seorang tuanpunya berdaftar dengan syarat bahawa suratcara-suratcara itu adalah disempurnakan oleh Presiden, Setiausaha dan Bendahari Persatuan, yang ada pada masa itu dan perlantikan mereka adalah disahkan oleh suatu perakuan daripada Pendaftar, dan dimeterikan dengan meteri Persatuan.

 

12.2     Harta tidak boleh dialih Persatuan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukarkan milik dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung.

 

FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

 

NIL

 

FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG

 

NIL

 

  

FASAL 15 LARANGAN

 

15.1    Bahawa dalam Persatuan ini dilarang melakukan pergerakan-pergerakan haram yang semata-mata untuk mencapai maksud dan kepentingan diri sendirinya.

 

15.2    Bahawa segala hartabenda dan wang Persatuan tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli-ahli atau pegawai-pegawai Persatuan yang telah dihukum dalam mahkamah.

 

15.3     Bahawa Persatuan ini tidak boleh melakukan sebarang pergerakan politik dan juga dilarang campurtangan dalam urusan pertubuhan-pertubuhan haram serta tidak dibenarkan ada apa-apa perhubungan atau pergabungan dengan pertubuhan luar negara yang dilarang oleh kerajaan Malaysia.

 

15.4     Bahawa Persatuan ini tidak dibenarkan untuk mengambil peranan dalam pergerakan kesatuan sekerja yang seperti telah diterangkan di dalam Undang-Undang Kesatuan Sekerja 1959 itu.

 

15.5     Bahawa Persatuan ini tidak boleh menjalankan sebarang loteri.

 

15.6     Bahawa permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan ini, seperti: Roelette, Lotto, Fantan, Poh, Peh Pin, Pelangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Cap Ji Kee, Sam Chong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan Dadu, Banker's game, permainan komputer, permainan video, billiard, snooker dan semua permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata.

 

FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN    

 

Bahawa peraturan-peraturan Persatuan ini tidak dibenarkan pindaan atau perubahan dilakukan tanpa kebenaran dan keizinan daripada mesyuarat agung. Pindaan atau perubahan hanya boleh dikuatkuasakan atas kelulusan Pendaftar Pertubuhan.    

 

 

FASAL 17 PEMBUBARAN

 

17.1     Bahawa pembubaran Persatuan ini tidak boleh dijalankan melainkan telah mendapat sokongan lebih daripada tiga perlima (3/5) jumlah ahli Persatuan yang bersama-sama mengambil atau membuat satu keputusan dalam mesyuarat agung ahli-ahli Persatuan. Maka dengan demikianlah baru Persatuan ini boleh dibubarkan.

 

17.2     Bahawa sekiranya Persatuan ini dibubarkan dengan dasar yang telah tersebut diatas itu maka segala hutang dan tanggungan yang dibuat dengan halal bagi pihak Persatuan itu hendaklah diselesaikan dengan sempurna dan baki wang ada akan dibahagikan menurut keputusan yang telah dibuat oleh mesyuarat agung Persatuan. Dan di dalam tempoh empat belas (14) hari harus memberitahu Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

 

FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

 

Lambang

rules1

 

Keterangan

REKABENTUK:                              

Lambang Persatuan bercorak segi empat trapesium yang mana di dalamnya berwarna hijau. Di dalam segi empat trapesium ini, terdapat Huruf JB berwarna putih yang berbentuk seperti sebuah kerusi sofa. Di bawah segi empat trapesium ini, terdapat tiga baris perkataan. Baris pertama adalah perkataan JBFA yang berwarna hitam, baris kedua ialah perkataan JOHOR BAHRU FURNITURE ASSOCIATION dalam warna hitam. Manakala, baris terakhir adalah nama Persatuan dalam bahasa Cina yang berwarna merah.

 

KETERANGAN:                                          

Pada bahagian atas, Huruf JB berbentuk sebuah kerusi sofa yang berwarna putih terletak di dalam petak yang berwarna hijau yang melambangkan persekitaran dan warna putih melambangkan kesucian. Bahagian bawah garisan pertama adalah nama ringkasan Persatuan dalam bahasa Inggeris (Johor Bahru Furniture Association) iaitu JBFA. Garis kedua adalah nama penuh JOHOR BAHRU FURNITURE ASSOCIATION yang lengkap berwarna hitam. Garis terakhir adalah nama Persatuan dalam perkataan bahasa cina berwarna merah yang melambangkan kegagahan dan keberanian ahli. Lain-lain warna dalam lambang ini tidak membawa sebarang makna.